Pada suatu hari, Zulqarnain seorang lelaki yang soleh dan warak dan merupakan seorang raja yang menguasai antara tempat terbit matahari(masyriq) dan tempat matahari terbenam(maghrib) berbual-bual dengan Malaikat Rafail.
Zulqarnain : Tolong ceritakan bagaimana kamu beribadat di langit wahai Rafail?
Rafail : Ibadat yang kamu( manusia) lakukan belum ada bandingan dengan ibadat kami di langit. Antara malaikat itu ada yang beribadat secara berdiri dan tidak pernah duduk. Bahkan malaikat itu berkata kepada Allah: "Tuhan, kami benar-benar beribadat kepada-Mu"
Zulqarnain : Ya Rafail, aku ingin dilanjutkan umurku supaya aku banyak beribadat kepada Tuhanku!
Rafail : Benarkah kamu ingin usia dipanjangkan Allah?
Zulqarnain : Benar, Rafail!
Rafail : Sesungguhnya, Allah S.W.T. mempunyai sebuah mata air yang disebut Ainul Hayat. Sesiapa yang minum air itu akan dipanjangkan umurnya sehingga hari kiamat seperti para malaikat atau dia sendiri memohon kepada Allah supaya dimatikan.
Zulqarnain : Ya Rafail, boleh khabarkan dimana Ainul Hayat itu?
Rafail : Aku tidak tahu! Cuma kami(malaikat) dilangit selalu memperkatakan Ainul Hayat . Ada para malaikat memperkatakan Allah S.W.T. mempunyai naungan dibumi yaitu lindungan awan yang tidak pernah diinjak sebarang makhluk seperti jin dan manusia. Disitulah Ainul Hayat itu!
Selepas mengetahui rahsia Ainul Hayat daripada malaikat Rafail, Zulqarnain bertanyakan para ulama di manakah terletaknya Ainul Hayat itu.
Para ulama yang ditanya langsung tidak pernah mendengar kisah atau nama Ainul Hayat itu. Lalu, Zulqarnain memberitahu serba-sedikit bahawa Allah mempunyai naungan awan di bumi dan dibawah naungan itu terdapat mata air. Sesiapa yang minum air itu akan dilanjutkan usianya dengan izin Allah.
Zulqarnain lalu mengarahkan pegawai dan tenteranya membuat persiapan mencari Ainul Hayat. Namun, rahsia Ainul Hayat itu tidak diceritakan kepada kesemua ahli rombongan termasuk seorang lelaki soleh bernama Khidir.
Zulqarnain menjelajah seluruh dunia selama 12 tahun lamanya mencari Ainul Hayat bersama rombongannya. Mereka menjelajah hutan, gurun, sungau, gunung ganang dan lembah.
Berkat kesabaran, Zulqarnain berjaya menemui lokasi naungan Allah seperti diceritakan malaikat Rafail disuatu lembah oasis yang subur.
Lokasi naungan Allah itu sentiasa dinaungi awan tanpa ditembusi cahaya matahari. Zulqarnain cuba turun kekawasan mata air tetapi ditegah oleh tenteranya kerana dikhuatiri berbahaya.
Zulqarnain masih berkeras hendak turun sambil meminta bantuan Hamba Allah yang soleh bernama Khidir. Zulqarnain mengarahkan Khidir berjalan dahulu sambil dikawal bala tenteranya.
Sebenarnya, Khidir juga memiliki ilmu mengenaii Ainul Hayat itu walaupun cuba disembunyikan oleh Zulqarnain.
Setelah rombongan sampai dikaki lembah, Khidir meminta Zulqarnain tunggu seketika bagi membolehkan Khidir meninjau lokasi sebenar Ainul Hayat itu.
Sebaik turun ke lembah, Khidir mendapati kawasan tanah berpaya itu memiliki mata air. Warna airnya putih seperti susu dan air itu membuak-buak muncul dari perut bumi.
Khidir terus meminum air tersebut. Rasanya manis seperti susu dan selepas Khidir puas meminumnya, Khidir mandi dan berwuduk di situ lalu solat. Selesai solat syukur, Khidir menemui Zulqarnain.
Khidir mengkhabarkan tentang penemuan mata air berwarna putih seperti susu kepada Zulqarnain tetapi merahsiakan kisah beliau minum, mandi dan berwuduk dengan mata air kepada Zulqarnain.
Sebaik Zulqarnain turun ke lembah itu, mata air berwarna putis susu itu tidak dijumpai oleh beliau walapun puas Zulqarnain dan para tenteranya menggeledah kawasan itu.
Ada pendapat mengatakan Khidir yang hidup masa zaman Zulqarnain itu berusia panjang selepas meminum air Ainul Hayat itu. Ada juga pendapat mengadakan Khidir sendiri tidak tahu khasiat Ainul Hayat kerana perkara itu menjadi rahsia Malaikat Rafail dan Zulqarnain sendiri.
Ada yang mengatakan Khidir yang hidup pada zaman Zulqarnain itu ialah Nabi Khidir yang pernah berjumpa Nabi Musa dikawasan pertemuan dua lautan seperti diceritakan Al-Quran.
Persoalannya, benarkah mata air berwarna putih susu bernama AInul Hayat itu benar-benar wujud?
Wallahualam.
Thursday, November 25, 2010
Wujudkah Mata Air Ainul Hayat?
Posted by Syah Muslim at 7:41 PM 1 comments
Wednesday, November 24, 2010
Harga Sebuah Ilmu
Posted by Syah Muslim at 8:53 PM 1 comments
Sunday, October 31, 2010
Hadis.. =)
Posted by Syah Muslim at 6:15 AM 0 comments
Friday, September 24, 2010
Hukum Memegang Al-Quran, Tafsir dan Buku Agama Tanpa Wudhu
diperbolehkan menyentuh mushaf seluruhnya atau sebagiannya dengan syarat sebagai berikut:
1. Tertulis dengan tidak menggunakan bahasa arab, adapun jika tertulis dengan menggunakan bahasa arab maka tidak boleh menyentuhnya dengan keadaan apapun, walaupun tertulis dengan khat Kufiy atau Maghribiy atau selainnya.
2. Menjadi ukiran dalam mata wang, sama ada dalam dinar, dirham atau selainnya (yang menjadi alat untuk pertukaran)
3. Diperbolehkan memegang qur’an seluruhnya atau sebagiannya untuk menyelamatkan (terjatuh dilantai atau dimana saja) tanpa memiliki wudhu. Sebagian dari para Malikiah mengatakan diperbolehkan memegangnya apabila qur’an itu hanya sebagian saja dan jika sempurna qur’an tersebut maka dilarang. Dan syarat memegangnya ada dua: 1. hendaknya orang yang memegang qur’an adalah muslim, 2. hendaknya qur’an tersebut tertutup (terbungkus) agar tidak ternodai dari segala macam kotoran.
4. Yang menyentuhnya atau yang memegangnya adalah seorang guru atau murid, dan tidak ada perbezaan apakah mereka itu sudah mukallaf atau belum, begitu juga wanita yang haidh dan yang selain itu.
1. Dalam keadaan darurat, seperti apabila qur’an terjatuh kedalam air dan akan tenggelam atau akan terbakar, maka dibolehkan untuk memegang qur’an untuk menyelamatkan walaupun tanpa wudhu.
2. Hendaknya qur’an tersebut terbungkus (diletakkan dalam kantong, dll).
3. Yang menyentuhnya adalah orang yang belum baligh dengan tujuan untuk mempelajari qur’an . Adapun orang sudah baligh dan orang yang haidh, entah sebagai guru ataupun murid tidak diperbolehkan memegang qur’an.
4. Muslim, maka tidak diperbolehkan bagi selain muslim untuk memegang qur’an. Menurut pendapat Muhammad (pengikut mazhab Hanafi) : dibolehkan selain muslim memegang qur’an apabila telah mandi terlebih dahulu, adapun jika selain muslim menghafal dari qur’an tidak dilarang. Sehingga apabila tidak sesuai dengan syarat ini. Maka tidak dibolehkan bagi orang yang tidak suci dan tidak berwudhu untuk menyentuh qur’an ( dengan menggunakan anggota tubuh manapun). Adapun membaca qur’an tanpa mushaf maka dibolehkan bagi orang yang tidak memiliki wudhu, dan diharamkan bagi orang yang junub dan haidh, akan tetapi mustahab (digalakkan sekali) untuk berwudhu terlebih dahulu sebelum membaca qur’an.
1. Membawanya hirzan (menjaga).
2. Tertulis (terukir) dalam dirham, dinar atau junaih.
3. Qur’an tersebut tertulis dalam buku-buku pelajaran.
4. Ayat qur’an tertulis dalam pakaian, seperti contoh pakaian yang diletakkan pada ka’bah (kiswah untuk ka’bah).
5. Memegangnya untuk mempelajarinya, maka dibolehkan bagi walinya agar membiarkan untuk memegangnya dan membawanya untuk belajar walaupun telah dihafalnya. Apabila tidak sesuai dengan syarat-syarat diatas maka diharamkan untuk menyentuh qur’an, walaupun hanya satu ayat saja.
2. Yang dimaksudkan dengan al-Qur'an ialah mashaf al-Qur'an itu sendiri. oleh itu, tafsir al-Qur'an boleh dipegang tanpa wudhu' jika kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Qur'an di dalamnya.
Posted by Syah Muslim at 6:15 AM 7 comments
Monday, August 30, 2010
Persoalan Waktu Sahur & Imsak
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
21 Ramadhan 1431 H
Post kali ini akan membicarakan tentang persoalan sampai bilakah kita boleh bersahur
Kita selalu mendengar mesti makan sahur sebelum waktu imsak(kira-kira 10 minit sebelum azan subuh)
Istilah imsak terbit dari perkataan Arab yg membawa maksud menahan diri
daripada makan dan minum, berjimak atau perbuatan yg membatalkan puasa,
kira-kira 10 minit sebelum waktu subuh.Tetapi tidak ditemui sebarang nas samada dalam al-Quran atau hadis yg menetapkan kaedah atau waktu imsak ketika Ramadan.
Terdapat sebuah hadis yang membicarakan tentang waktu sahur :
Dari Zaid bin Thabit R.A."Kami pernah bersahur bersama-sama Rasullah SAW
dan selepas itu barulah kami mendirikan solat. Saya bertanyakan kepada Rasullah SAW:" Berapakah jarak di antara keduanya (waktu bersahur dan bersolat)?".
Jawab baginda SAW: 'Sekadar lima puluh ayat'"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)
- Lima puluh ayat adalah sebelum solat, bukannya sebelum azan(seperti waktu imsak).
Mari kita sama-sama teliti dan perincikan semula hujah-hujah tentang/berkenaan
waktu sahur yang sebenar berdasarkan hadis-hadis dan fatwa para ulama yang dibawakan.Nasruddin al-Albani rahimahullah dan para ulama generasi awal berfatwa bahawa imsak adalah perbuatan bid’ah (perbuatan yang diada-adakan di dalam agama)
Al-Quran dgn jelas menyatakan firman Allah yg
bermaksud; "Makan dan minumlah kamu sehingga nyata benang putih (fajar sadiq permulaan waktu subuh) daripada benang hitam (penghujung waktu malam) iaitu fajar." (Al-Baqarah:178)
Hadis sahih jelas menunjukkan Nabi Muhammad SAW bersabda ; "Janganlah
menahan kamu daripada makan dan minum oleh azan Bilal, tetapi terus makan
dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan." (Riwayat
Bukhari dan Muslim).
Baginda bersabda:
“Jika salah seorang kamu mendengar azan sedangkan ia masih memegang sepinggan makanan, maka janganlah ia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya”.
(Hadis Riwatar Ahmad,Abu Daud,Ibn Jarir,Hakim dan Baihaqi)
FATWA SYEIKH SOLEH AL-UTHAIMIN
Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin rahimahullah ditanya: Kami melihat di
sebahagian kalendar pada bulan Ramadan terdapat bahagian dinamakan Imsak,terjadi kira-kira 10 minit sebelum azan fajar, apakah ada dasarnya dari sunnah ataukah termasuk bid’ah?Berilah kami fatwa semoga anda sentiasa mendapat pahala.
Jawapan Syeikh: Imsak termasuk perkara bid’ah, tidak ada dasarnya dari al-Quran atau sunnah.Kerana Allah berfirman:
“Dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar”. (al-Baqarah 2: 187)
Imsak yang dibuat oleh sebahagian orang merupakan tambahan atas apa yang diajarkan Allah, hal itu termasuk perkara batil dan termasuk tanathu’ (berlebih-lebihan) dalam beragama.
BANTAHAN TERHADAP FATWA SYAID SABIQ
Syed Sabiq mengatakan: Apabila terbit fajar sedangkan di mulut ada makanan,
wajib baginya membuangnya/memuntahkannya.
Bantahan Oleh Syaikh Nasruddin al-Albani:
Perkataan ini bertaqlid kepada kitab-kitab fiqih. Tidak berdasarkan hadis Rasulullah.
Bahkan bertentangan dengan sabda baginda:
"Janganlah menahan kamu daripada makan dan minum oleh azan Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
PENDAPAT YANG LAIN
“Dari Zaid bin Thabit berkata:
Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian baginda bangkit untuk solat Subuh.
Anas berkata, bertanya kepada Zaid, berapa jarak antara azan subuh dan sahur?
Beliau menjawab: Sekitar bacaan lima puluh ayat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslum)
Azan di hadis ini ialah iqamah. Ia dijelaskan di sahih Bukhari dan Muslim dari
Anas dari Zaid,ia berkata: Kami sahur bersama Rasulullah kemudian bangkit untuk solat. Anas bertanya.Berapa lama antara sahur dan solat? Zaid berkata: Sekitar lima puluh ayat”. Anas meriwayatkan dari Zaid bin Tsabit bahawa Zaid bersahur bersama Rasulullah dan termasuk kebiasaan Rasulullah bersahur menjelang subuh, setelah bersahur baginda bangkit untuk solat Subuh. Anas bertanya kepada Zaid: Berapa lama jarak iqamah
dan sahur? Zaid berkata: Sekitar bacaan lima pulah ayat.
Kesimpulan daripada kandungan hadis
1)Keutamaan melewatkan makan sahur hingga masuknya Subuh.
2)Bersegera solat subuh.
3)Waktu imsak adalah terbit fajar (di dalam waktu Subuh).
Kesimpulan daripada kajian ini:
- Dibolehkan makan/bersahur sehingga kira-kira bacaan 50 ayat Qur’an selepas masuknya/azan subuh.
- Masih dibenarkan menghabiskan makanan/minuman (sahur) dikala azan subuh masih/sedang dikumandangkan.
- Waktu imsak yang ditetapkan sebelum masuknya waktu subuh/fazar adalah tidak ada dasarnya dari al-Qur’an dan sunnah.
Posted by Syah Muslim at 4:55 PM 4 comments
Saturday, August 28, 2010
Kisah Al-Quran
Posted by Syah Muslim at 10:58 PM 0 comments