BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 25, 2010

Wujudkah Mata Air Ainul Hayat?

Pada suatu hari, Zulqarnain seorang lelaki yang soleh dan warak dan merupakan seorang raja yang menguasai antara tempat terbit matahari(masyriq) dan tempat matahari terbenam(maghrib) berbual-bual dengan Malaikat Rafail.

Zulqarnain : Tolong ceritakan bagaimana kamu beribadat di langit wahai Rafail?

Rafail : Ibadat yang kamu( manusia) lakukan belum ada bandingan dengan ibadat kami di langit. Antara malaikat itu ada yang beribadat secara berdiri dan tidak pernah duduk. Bahkan malaikat itu berkata kepada Allah: "Tuhan, kami benar-benar beribadat kepada-Mu"

Zulqarnain : Ya Rafail, aku ingin dilanjutkan umurku supaya aku banyak beribadat kepada Tuhanku!

Rafail : Benarkah kamu ingin usia dipanjangkan Allah?

Zulqarnain : Benar, Rafail!

Rafail : Sesungguhnya, Allah S.W.T. mempunyai sebuah mata air yang disebut Ainul Hayat. Sesiapa yang minum air itu akan dipanjangkan umurnya sehingga hari kiamat seperti para malaikat atau dia sendiri memohon kepada Allah supaya dimatikan.

Zulqarnain : Ya Rafail, boleh khabarkan dimana Ainul Hayat itu?

Rafail : Aku tidak tahu! Cuma kami(malaikat) dilangit selalu memperkatakan Ainul Hayat . Ada para malaikat memperkatakan Allah S.W.T. mempunyai naungan dibumi yaitu lindungan awan yang tidak pernah diinjak sebarang makhluk seperti jin dan manusia. Disitulah Ainul Hayat itu!

        Selepas mengetahui rahsia Ainul Hayat daripada malaikat Rafail, Zulqarnain bertanyakan para ulama di manakah terletaknya  Ainul Hayat itu. 

        Para ulama yang ditanya langsung tidak pernah mendengar kisah atau nama Ainul Hayat itu. Lalu, Zulqarnain memberitahu serba-sedikit bahawa Allah mempunyai naungan awan di bumi dan dibawah naungan itu terdapat mata air. Sesiapa yang minum air itu akan dilanjutkan usianya dengan izin Allah.
  
         Zulqarnain lalu mengarahkan pegawai dan tenteranya membuat persiapan mencari Ainul Hayat. Namun, rahsia Ainul Hayat itu tidak diceritakan kepada kesemua ahli rombongan termasuk seorang lelaki soleh bernama Khidir.


         Zulqarnain menjelajah seluruh dunia selama 12 tahun lamanya mencari Ainul Hayat bersama rombongannya. Mereka menjelajah hutan, gurun, sungau, gunung ganang dan lembah.


          Berkat kesabaran, Zulqarnain berjaya menemui lokasi naungan Allah seperti diceritakan malaikat Rafail disuatu lembah oasis yang subur.


          Lokasi naungan Allah itu sentiasa dinaungi awan  tanpa ditembusi cahaya matahari. Zulqarnain cuba turun kekawasan mata air tetapi ditegah oleh tenteranya kerana dikhuatiri berbahaya.


           Zulqarnain masih berkeras hendak turun sambil meminta bantuan Hamba Allah yang soleh bernama Khidir. Zulqarnain mengarahkan Khidir berjalan dahulu sambil dikawal bala tenteranya. 


           Sebenarnya, Khidir juga memiliki ilmu mengenaii Ainul Hayat itu walaupun cuba disembunyikan oleh Zulqarnain. 


           Setelah rombongan sampai dikaki lembah, Khidir meminta Zulqarnain tunggu seketika bagi membolehkan Khidir meninjau lokasi sebenar Ainul Hayat itu.


          Sebaik turun ke lembah, Khidir mendapati kawasan tanah berpaya itu memiliki mata air. Warna airnya putih seperti susu dan air itu membuak-buak muncul dari perut bumi. 

          Khidir terus meminum air tersebut. Rasanya manis seperti susu dan selepas Khidir puas meminumnya, Khidir mandi dan berwuduk di situ lalu solat. Selesai solat syukur, Khidir menemui Zulqarnain.

          Khidir mengkhabarkan tentang penemuan mata air berwarna putih seperti susu kepada Zulqarnain tetapi merahsiakan kisah beliau minum, mandi dan berwuduk dengan mata air kepada Zulqarnain.


          Sebaik Zulqarnain turun ke lembah itu, mata air berwarna putis susu itu tidak dijumpai oleh beliau walapun puas Zulqarnain dan para tenteranya menggeledah kawasan itu.


          Ada pendapat mengatakan Khidir yang hidup masa zaman Zulqarnain itu berusia panjang selepas meminum air Ainul Hayat itu. Ada juga pendapat mengadakan Khidir sendiri tidak tahu khasiat Ainul Hayat kerana perkara itu menjadi rahsia Malaikat Rafail dan Zulqarnain sendiri.


          Ada yang mengatakan Khidir yang hidup pada zaman Zulqarnain itu ialah Nabi Khidir yang pernah berjumpa Nabi Musa dikawasan pertemuan dua lautan seperti diceritakan Al-Quran.


         Persoalannya, benarkah mata air berwarna putih susu bernama AInul Hayat itu benar-benar wujud?


Wallahualam.


              


 

Wednesday, November 24, 2010

Harga Sebuah Ilmu

Pada suatu ketika dalam sebuah perjalanan, Imam Ghazali dan kafilahnya telah ditahan oleh segerombolan perompak. Kesemua harta milik Imam Ghazali dan kafilahnya telad dirampas. Dengan rendah hati, Imam Ghazali meminta kepada ketua perompak agar dipulangkan beg galas milik Imam Ghazali kerana dia amat menyayangi kitab-kitab tersebut.

Lalu ketua perompak bertanya "Apakah yang terdapat dalam kitab-kitab ini?" Imam Ghazali menjawab "Ilmu", Ketua perompak bertanya lagi kepada Imam Ghazali " Adakah hilangnya kitab-kitab ini , bererti hilanglah ilmu?" Imam Ghazali berkata " Ya, kalau kitab ini hilang , bererti hilanglah ilmu. Oleh itu aku amat menyayangi kitab-kitabku ini."

Ketua perompak merenung wajah Imam Ghazali, lalu berkata " Apakah harganya ilmu yang hanya berada di dalam kitab? "

Kata-kata ketua perompak benar-benar membuatkan Imam Ghazali terkejut. Ia telah menyedarkan Imam Ghazali suatu perkara yang selama ini diabaikannya. Semenjak itu Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu didalam kitab-kitab miliknya.

Sunday, October 31, 2010

Hadis.. =)

Rasulullah S.A.W. bersabda " Sungguh jujur itu menunutun kepada kebajikan, dan sungguh kebajikan itu menuntun kepada syurga, dan sungguh seseorang itu akan berbuat jujur sehingga ditulis disisi Allah sebagai orang yang bersifat jujur, dan sungguh seseorang itu dia akan berbuat dusta sehingga ditulis disisi Allah sebagai seorang yang bersifat pendusta... " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W. bersabda " Barangsiapa mati dalam menuntut ilmu yang bertujuan menghidupkan Islam, maka antara dia dan nabi-nabi nya satu darjat di syurga.. " (Hadis Riwayat Ad- Darami)

Renung-renungkan dan selamat beramal.. =)






Friday, September 24, 2010

Hukum Memegang Al-Quran, Tafsir dan Buku Agama Tanpa Wudhu

Syariat telah menjadikan wudhu sebagai pengangkat hadas agar boleh menunaikan shalat fardhu dan sunnat, sujud tilawah,tawaf dan lain-lain

Rasulullah S.A.W. bersabda: 
“Tawaf mengitari Ka’bah adalah seperti solat, yang membezakannya adalah dibolehkan berbicara didalamnya, dan barang siapa diantara kalian berbicara maka hendaklah bicara yang baik saja”. 
(H.R. Tirmidzi dengan sanad yang shohih dan juga telah diriwayatkan oleh Hakim, dan telah dishohihkan oleh Allamah Al-Albani dalam Shohihul Jami’)

Maka wudhu adalah hal yang wajib untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan tersebut, dan tidak diperbolehkan bagi yang tidak berwudhu untuk mengerjakannya, seperti juga dalam hal menyentuh mushaf (qur’an) kerana untuk menyentuhnya harus yang memiliki wudhu, sama ada untuk menyentuhnya sekaligus ataupun hanya sebahagian saja ataupun juga hanya seayat saja.



Berikut pembahasan terperinci mengenai menyentuh mushaf tanpa wudhu sesuai dengan pendapat para imam mazhab:

Mazhab Maliki
diperbolehkan menyentuh mushaf seluruhnya atau sebagiannya dengan syarat sebagai berikut:


1. Tertulis dengan tidak menggunakan bahasa arab, adapun jika tertulis dengan menggunakan bahasa arab maka tidak boleh menyentuhnya dengan keadaan apapun, walaupun tertulis dengan khat Kufiy atau Maghribiy atau selainnya.


2. Menjadi ukiran dalam mata wang, sama ada dalam dinar, dirham atau selainnya (yang menjadi alat untuk pertukaran)


3. Diperbolehkan memegang qur’an seluruhnya atau sebagiannya untuk menyelamatkan (terjatuh dilantai atau dimana saja) tanpa memiliki wudhu. Sebagian dari para Malikiah mengatakan diperbolehkan memegangnya apabila qur’an itu hanya sebagian saja dan jika sempurna qur’an tersebut maka dilarang. Dan syarat memegangnya ada dua: 1. hendaknya orang yang memegang qur’an adalah muslim, 2. hendaknya qur’an tersebut tertutup (terbungkus) agar tidak ternodai dari segala macam kotoran.


4. Yang menyentuhnya atau yang memegangnya adalah seorang guru atau murid, dan tidak ada perbezaan apakah mereka itu sudah mukallaf atau belum, begitu juga wanita yang haidh dan yang selain itu.

Maka, bagi Maliki, selain dari empat syarat tadi, orang yang tidak memiliki wudhu tidak diperbolehkan untuk menyentuh atau memegang qur’an, sama ada menggunakan alas ataupun tidak. Begitu juga tidak diperbolehkan memegang sesuatu yang diatasnya ada qur’an (bantal, kursi, kotak, dll). Dan apabila qur’an tersebut dicampurkan dengan barang-barang lain dan dimasukkan dalam satu tempat (kardus) maka diperbolehkan untuk memegang tempat tersebut. 

Adapun membaca qur’an tanpa memegangnya diperbolehkan bagi orang yang tidak memiliki wudhu akan tetapi lebih afdhol agar memiliki wudhu.

Hanabilah(mazhab Hanbali)

Apabila orang yang menyentuh qur’an atau yang membawanya dan tidak memiliki wudhu maka hendaknya qur’an tersebut diberikan bungkus (diletakkan dalam kantong, sapu tangan, dll), atau diletakkan dalam kotak, atau diletakkan dalam suatu tempat yang tempat tersebut mudah untuk dipindah-pindahkan (contoh didalam rumah, qur’an tersebut diletakkan didalam almari, sehingga mudah saja qur’an diletakkan dimana tempat sama ada itu disengaja untuk menyentuhnya ataupun tidak), maka dalam keadaan tersebut dibolehkan untuk memegang qur’an tanpa memiliki wudhu. Diperbolehkan juga tanpa wudhu memegang qur’an untuk menyelamatkan dengan syarat menjadikan sesuatu dari yang bersih dan suci sebagai pelindungnya dari hal-hal yang kotor dan najis. Anak yang belum mukallaf (belum baligh) tidak diwajibkan berwudhu untuk menyentuh atau memegang qur’an, akan tetapi diwajibkan atas walinya (orang tua) untuk memerintahkannya untuk berwudhu sebelum menyentuh, memegang, atau membawa qur’an.

Mazhab Hanafi

Diperbolehkan menyentuh qur’an seluruhnya atau sebagiannya atau tulisannya dengan syarat sebagai berikut:


1. Dalam keadaan darurat, seperti apabila qur’an terjatuh kedalam air dan akan tenggelam atau akan terbakar, maka dibolehkan untuk memegang qur’an untuk menyelamatkan walaupun tanpa wudhu.


2. Hendaknya qur’an tersebut terbungkus (diletakkan dalam kantong, dll).


3. Yang menyentuhnya adalah orang yang belum baligh dengan tujuan untuk mempelajari qur’an . Adapun orang sudah baligh dan orang yang haidh, entah sebagai guru ataupun murid tidak diperbolehkan memegang qur’an.


4. Muslim, maka tidak diperbolehkan bagi selain muslim untuk memegang qur’an. Menurut pendapat Muhammad (pengikut mazhab Hanafi) : dibolehkan selain muslim memegang qur’an apabila telah mandi terlebih dahulu, adapun jika selain muslim menghafal dari qur’an tidak dilarang. Sehingga apabila tidak sesuai dengan syarat ini. Maka tidak dibolehkan bagi orang yang tidak suci dan tidak berwudhu untuk menyentuh qur’an ( dengan menggunakan anggota tubuh manapun). Adapun membaca qur’an tanpa mushaf maka dibolehkan bagi orang yang tidak memiliki wudhu, dan diharamkan bagi orang yang junub dan haidh, akan tetapi mustahab (digalakkan sekali) untuk berwudhu terlebih dahulu sebelum membaca qur’an.

Makruh menyentuh tafsir tanpa wudhu, sama ada dalam bentuk kitab fiqh, hadis dan lain sebagainya dibolehkan tanpa wudhu kerana hal ini masuk dalam hal Rukhsoh (peringanan).

Mazhab Shafie

Dibolehkan orang yang tidak wudhu menyentuh, membawa seluruh qur’an atau sebagiannya dengan syarat sebagai berikut:


1. Membawanya hirzan (menjaga).


2. Tertulis (terukir) dalam dirham, dinar atau junaih.


3. Qur’an tersebut tertulis dalam buku-buku pelajaran.
Adapun tafsir dibolehkan menyentuhnya tanpa wudhu dengan syarat tafsir lebih banyak daripada qur’an, dan jika qur’an lebih banyak daripada tafsir maka tidak boleh menyentuhnya apabila tidak memiliki wudhu.


4. Ayat qur’an tertulis dalam pakaian, seperti contoh pakaian yang diletakkan pada ka’bah (kiswah untuk ka’bah).


5. Memegangnya untuk mempelajarinya, maka dibolehkan bagi walinya agar membiarkan untuk memegangnya dan membawanya untuk belajar walaupun telah dihafalnya. Apabila tidak sesuai dengan syarat-syarat diatas maka diharamkan untuk menyentuh qur’an, walaupun hanya satu ayat saja.

So, kesimpulan yang boleh dibuat sini ialah:

1. Hukum memegang atau menyentuh al-Qur'an tanpa wudhu' adalah haram kecuali dalam keadaan darurat seperti menyelamatkannya daripada kebakaran ,menjaganya dsb.

2. Yang dimaksudkan dengan al-Qur'an ialah mashaf al-Qur'an itu sendiri. oleh itu, tafsir al-Qur'an boleh dipegang tanpa wudhu' jika kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Qur'an di dalamnya. 



Monday, August 30, 2010

Persoalan Waktu Sahur & Imsak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


21 Ramadhan 1431 H

Post kali ini akan membicarakan tentang persoalan sampai bilakah kita boleh bersahur
Kita selalu mendengar mesti makan sahur sebelum waktu imsak(kira-kira 10 minit sebelum azan subuh)

Istilah imsak terbit dari perkataan Arab yg membawa maksud menahan diri
daripada makan dan minum, berjimak atau perbuatan yg membatalkan puasa,
kira-kira 10 minit sebelum waktu subuh.Tetapi tidak ditemui sebarang nas samada dalam al-Quran atau hadis yg menetapkan kaedah atau waktu imsak ketika Ramadan.

Terdapat sebuah hadis yang membicarakan tentang waktu sahur :

Dari Zaid bin Thabit R.A."Kami pernah bersahur bersama-sama Rasullah SAW
dan selepas itu barulah kami mendirikan solat.  Saya bertanyakan kepada Rasullah SAW:" Berapakah jarak di antara keduanya (waktu bersahur dan bersolat)?".
Jawab baginda SAW: 'Sekadar lima puluh ayat'"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

- Lima puluh ayat adalah sebelum solat, bukannya sebelum azan(seperti waktu imsak).
Mari kita sama-sama teliti dan perincikan semula hujah-hujah tentang/berkenaan
waktu sahur yang sebenar berdasarkan hadis-hadis dan fatwa para ulama yang dibawakan.Nasruddin al-Albani rahimahullah dan para ulama generasi awal berfatwa bahawa imsak adalah perbuatan bid’ah (perbuatan yang diada-adakan di dalam agama)

Al-Quran dgn jelas menyatakan firman Allah yg
bermaksud; "Makan dan minumlah kamu sehingga nyata benang putih (fajar sadiq permulaan waktu subuh) daripada benang hitam (penghujung waktu malam) iaitu fajar." (Al-Baqarah:178)

Hadis sahih jelas menunjukkan Nabi Muhammad SAW bersabda ; "Janganlah
menahan kamu daripada makan dan minum oleh azan Bilal, tetapi terus makan
dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan." (Riwayat
Bukhari dan Muslim).

Baginda bersabda:

“Jika salah seorang kamu mendengar azan sedangkan ia masih memegang sepinggan makanan, maka janganlah ia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya”.
(Hadis Riwatar Ahmad,Abu Daud,Ibn Jarir,Hakim dan Baihaqi)

FATWA SYEIKH SOLEH AL-UTHAIMIN

Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin rahimahullah ditanya: Kami melihat di
sebahagian kalendar pada bulan Ramadan terdapat bahagian dinamakan Imsak,terjadi kira-kira 10 minit sebelum azan fajar, apakah ada dasarnya dari sunnah ataukah termasuk bid’ah?Berilah kami fatwa semoga anda sentiasa mendapat pahala.

Jawapan Syeikh: Imsak termasuk perkara bid’ah, tidak ada dasarnya dari al-Quran atau sunnah.Kerana Allah berfirman:

“Dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar”. (al-Baqarah 2: 187)

Imsak yang dibuat oleh sebahagian orang merupakan tambahan atas apa yang diajarkan Allah, hal itu termasuk perkara batil dan termasuk tanathu’ (berlebih-lebihan) dalam beragama.

BANTAHAN TERHADAP FATWA SYAID SABIQ

Syed Sabiq mengatakan: Apabila terbit fajar sedangkan di mulut ada makanan,
wajib baginya membuangnya/memuntahkannya.

Bantahan Oleh Syaikh Nasruddin al-Albani:

Perkataan ini bertaqlid kepada kitab-kitab fiqih. Tidak berdasarkan hadis Rasulullah.
Bahkan bertentangan dengan sabda baginda:

"Janganlah menahan kamu daripada makan dan minum oleh azan Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

PENDAPAT YANG LAIN

“Dari Zaid bin Thabit berkata:
Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian baginda bangkit untuk solat Subuh.
Anas berkata, bertanya kepada Zaid, berapa jarak antara azan subuh dan sahur?
Beliau menjawab: Sekitar bacaan lima puluh ayat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslum)

Azan di hadis ini ialah iqamah. Ia dijelaskan di sahih Bukhari dan Muslim dari
Anas dari Zaid,ia berkata: Kami sahur bersama Rasulullah kemudian bangkit untuk solat. Anas bertanya.Berapa lama antara sahur dan solat? Zaid berkata: Sekitar lima puluh ayat”. Anas meriwayatkan dari Zaid bin Tsabit bahawa Zaid bersahur bersama Rasulullah dan termasuk kebiasaan Rasulullah bersahur menjelang subuh, setelah bersahur baginda bangkit untuk solat Subuh. Anas bertanya kepada Zaid: Berapa lama jarak iqamah
dan sahur? Zaid berkata: Sekitar bacaan lima pulah ayat.

Kesimpulan daripada kandungan hadis

1)Keutamaan melewatkan makan sahur hingga masuknya Subuh.

2)Bersegera solat subuh.

3)Waktu imsak adalah terbit fajar (di dalam waktu Subuh).

Kesimpulan daripada kajian ini:

- Dibolehkan makan/bersahur sehingga kira-kira bacaan 50 ayat Qur’an selepas masuknya/azan subuh.

- Masih dibenarkan menghabiskan makanan/minuman (sahur) dikala azan subuh masih/sedang dikumandangkan.

- Waktu imsak yang ditetapkan sebelum masuknya waktu subuh/fazar adalah tidak ada dasarnya dari al-Qur’an dan sunnah.

Saturday, August 28, 2010

Kisah Al-Quran

2 hari lepas adalah Nuzul Al-Quran. Hari pertama turunnya wahyu daripada Allah melalui Malaikat Jibril kepada kekasih-Nya, Rasulullah Muhammad S.A.W.Hari yang merupakan Nabi Muhammad S.A.W. di Rasulkan.

post pertama ini tentang Kalamullah, Al-Quran

Definisi Al-Quran: Kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan(diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan  mutawatir serta membacanya adalah ibadah.

Nama-nama Al-Quran(antaranya):
1) Al-Quran; Surah Al-Furqan ayat 30
2) Al-Kitab atau Kitabullah; Surah Ad-Dukhan ayat 1-3
3) Al-Furqan; Surah Al-Furqan ayat 1
4) Az- Zikr ; Surah Al-Hijr ayat 9
5) At-Tanzil ; Surah As-Syu'ara ayat 192-193

Peringkat penurunan Al-Quran :
1) Dari Luh Mahfuz ke Bait Al-Izzah (langit dunia) secara sekaligus pada Lailatul Qadar
2) Bait Al-Izzah kepada Nabi Muhammad S.A.W. secara beransur-ansur dalam 23 tahun

Hikmah Al-Quran diturunkan beransur-ansur:
1) Menetapkan/menguatkan hati Nabi Muhammad S.A.W. dalam menghadapi ancaman kaum musyrikin
2) Berlemah lembut dengan Nabi Muhammad S.A.W. ketika turunnya wahyu
3) Beransur-ansur dalam pensyariatan hukum
4) Lebih mudah difahami dan dilaksanakan
5) Memudahkan penghafalan
6) Selaras dengan peristiwa yang berlaku supaya lebih memberi kesan dan pengaruh di hati
7) Menjadi jawapan kepada pertanyaan atau penolakan kepada pendapatan/perbuatan

Wahyu Pertama :

*Surah Al-Alaq ayat 1-5 pada 17 Ramadhan 40 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

"Bacalah(wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Wahyu Terakhir:

*Surah Al-Baqarah ayat 281, sembilan malam sebelum kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

"Dan peliharalah diri kamu dari huru hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurang balasan sedikit pun"

Bilangan Juz, Surah dan Hizb:
*Al-Quran mengandungi 30 juz,114 surah dan 60 hizb
*Setiap hizb dibahagikan kepada empat, iaitu hizb pertama, hizb kedua, hizb ketiga dan hizb keempat(yang dicetak di bahagian tepi muka surat Al-Quran)

Moga kita mendapat ilmu daripada post ini. Amin.