BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 30, 2010

Persoalan Waktu Sahur & Imsak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


21 Ramadhan 1431 H

Post kali ini akan membicarakan tentang persoalan sampai bilakah kita boleh bersahur
Kita selalu mendengar mesti makan sahur sebelum waktu imsak(kira-kira 10 minit sebelum azan subuh)

Istilah imsak terbit dari perkataan Arab yg membawa maksud menahan diri
daripada makan dan minum, berjimak atau perbuatan yg membatalkan puasa,
kira-kira 10 minit sebelum waktu subuh.Tetapi tidak ditemui sebarang nas samada dalam al-Quran atau hadis yg menetapkan kaedah atau waktu imsak ketika Ramadan.

Terdapat sebuah hadis yang membicarakan tentang waktu sahur :

Dari Zaid bin Thabit R.A."Kami pernah bersahur bersama-sama Rasullah SAW
dan selepas itu barulah kami mendirikan solat.  Saya bertanyakan kepada Rasullah SAW:" Berapakah jarak di antara keduanya (waktu bersahur dan bersolat)?".
Jawab baginda SAW: 'Sekadar lima puluh ayat'"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

- Lima puluh ayat adalah sebelum solat, bukannya sebelum azan(seperti waktu imsak).
Mari kita sama-sama teliti dan perincikan semula hujah-hujah tentang/berkenaan
waktu sahur yang sebenar berdasarkan hadis-hadis dan fatwa para ulama yang dibawakan.Nasruddin al-Albani rahimahullah dan para ulama generasi awal berfatwa bahawa imsak adalah perbuatan bid’ah (perbuatan yang diada-adakan di dalam agama)

Al-Quran dgn jelas menyatakan firman Allah yg
bermaksud; "Makan dan minumlah kamu sehingga nyata benang putih (fajar sadiq permulaan waktu subuh) daripada benang hitam (penghujung waktu malam) iaitu fajar." (Al-Baqarah:178)

Hadis sahih jelas menunjukkan Nabi Muhammad SAW bersabda ; "Janganlah
menahan kamu daripada makan dan minum oleh azan Bilal, tetapi terus makan
dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan." (Riwayat
Bukhari dan Muslim).

Baginda bersabda:

“Jika salah seorang kamu mendengar azan sedangkan ia masih memegang sepinggan makanan, maka janganlah ia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya”.
(Hadis Riwatar Ahmad,Abu Daud,Ibn Jarir,Hakim dan Baihaqi)

FATWA SYEIKH SOLEH AL-UTHAIMIN

Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin rahimahullah ditanya: Kami melihat di
sebahagian kalendar pada bulan Ramadan terdapat bahagian dinamakan Imsak,terjadi kira-kira 10 minit sebelum azan fajar, apakah ada dasarnya dari sunnah ataukah termasuk bid’ah?Berilah kami fatwa semoga anda sentiasa mendapat pahala.

Jawapan Syeikh: Imsak termasuk perkara bid’ah, tidak ada dasarnya dari al-Quran atau sunnah.Kerana Allah berfirman:

“Dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar”. (al-Baqarah 2: 187)

Imsak yang dibuat oleh sebahagian orang merupakan tambahan atas apa yang diajarkan Allah, hal itu termasuk perkara batil dan termasuk tanathu’ (berlebih-lebihan) dalam beragama.

BANTAHAN TERHADAP FATWA SYAID SABIQ

Syed Sabiq mengatakan: Apabila terbit fajar sedangkan di mulut ada makanan,
wajib baginya membuangnya/memuntahkannya.

Bantahan Oleh Syaikh Nasruddin al-Albani:

Perkataan ini bertaqlid kepada kitab-kitab fiqih. Tidak berdasarkan hadis Rasulullah.
Bahkan bertentangan dengan sabda baginda:

"Janganlah menahan kamu daripada makan dan minum oleh azan Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

PENDAPAT YANG LAIN

“Dari Zaid bin Thabit berkata:
Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian baginda bangkit untuk solat Subuh.
Anas berkata, bertanya kepada Zaid, berapa jarak antara azan subuh dan sahur?
Beliau menjawab: Sekitar bacaan lima puluh ayat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslum)

Azan di hadis ini ialah iqamah. Ia dijelaskan di sahih Bukhari dan Muslim dari
Anas dari Zaid,ia berkata: Kami sahur bersama Rasulullah kemudian bangkit untuk solat. Anas bertanya.Berapa lama antara sahur dan solat? Zaid berkata: Sekitar lima puluh ayat”. Anas meriwayatkan dari Zaid bin Tsabit bahawa Zaid bersahur bersama Rasulullah dan termasuk kebiasaan Rasulullah bersahur menjelang subuh, setelah bersahur baginda bangkit untuk solat Subuh. Anas bertanya kepada Zaid: Berapa lama jarak iqamah
dan sahur? Zaid berkata: Sekitar bacaan lima pulah ayat.

Kesimpulan daripada kandungan hadis

1)Keutamaan melewatkan makan sahur hingga masuknya Subuh.

2)Bersegera solat subuh.

3)Waktu imsak adalah terbit fajar (di dalam waktu Subuh).

Kesimpulan daripada kajian ini:

- Dibolehkan makan/bersahur sehingga kira-kira bacaan 50 ayat Qur’an selepas masuknya/azan subuh.

- Masih dibenarkan menghabiskan makanan/minuman (sahur) dikala azan subuh masih/sedang dikumandangkan.

- Waktu imsak yang ditetapkan sebelum masuknya waktu subuh/fazar adalah tidak ada dasarnya dari al-Qur’an dan sunnah.

4 comments:

Unknown said...

saya mintak maaf..ataupun mungkin kesilapan saya..ayat al baqarah 178 berbunyi 'Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih' ? dalam surah al baqarah ayat 178 tiada difirmankan begitu..mintak maaf..hanya bertanya.. ☺️

AK said...

Kamarul, it refers to the correct ayah i.e 2:187. Not 2:178...

azureenblinkblink said...

Maksud nye masa tengah azan subuh tu kalau kita nak habiskan makanan masih boleh la kan?

Unknown said...

Lari dari tajuk..tu la selalu tidur waktu khutbah..xbaca betul2..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚org kata ayat 2:187 hang p 178...hang p mana?hahahaha