BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 28, 2010

Kisah Al-Quran

2 hari lepas adalah Nuzul Al-Quran. Hari pertama turunnya wahyu daripada Allah melalui Malaikat Jibril kepada kekasih-Nya, Rasulullah Muhammad S.A.W.Hari yang merupakan Nabi Muhammad S.A.W. di Rasulkan.

post pertama ini tentang Kalamullah, Al-Quran

Definisi Al-Quran: Kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan(diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan  mutawatir serta membacanya adalah ibadah.

Nama-nama Al-Quran(antaranya):
1) Al-Quran; Surah Al-Furqan ayat 30
2) Al-Kitab atau Kitabullah; Surah Ad-Dukhan ayat 1-3
3) Al-Furqan; Surah Al-Furqan ayat 1
4) Az- Zikr ; Surah Al-Hijr ayat 9
5) At-Tanzil ; Surah As-Syu'ara ayat 192-193

Peringkat penurunan Al-Quran :
1) Dari Luh Mahfuz ke Bait Al-Izzah (langit dunia) secara sekaligus pada Lailatul Qadar
2) Bait Al-Izzah kepada Nabi Muhammad S.A.W. secara beransur-ansur dalam 23 tahun

Hikmah Al-Quran diturunkan beransur-ansur:
1) Menetapkan/menguatkan hati Nabi Muhammad S.A.W. dalam menghadapi ancaman kaum musyrikin
2) Berlemah lembut dengan Nabi Muhammad S.A.W. ketika turunnya wahyu
3) Beransur-ansur dalam pensyariatan hukum
4) Lebih mudah difahami dan dilaksanakan
5) Memudahkan penghafalan
6) Selaras dengan peristiwa yang berlaku supaya lebih memberi kesan dan pengaruh di hati
7) Menjadi jawapan kepada pertanyaan atau penolakan kepada pendapatan/perbuatan

Wahyu Pertama :

*Surah Al-Alaq ayat 1-5 pada 17 Ramadhan 40 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

"Bacalah(wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Wahyu Terakhir:

*Surah Al-Baqarah ayat 281, sembilan malam sebelum kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

"Dan peliharalah diri kamu dari huru hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurang balasan sedikit pun"

Bilangan Juz, Surah dan Hizb:
*Al-Quran mengandungi 30 juz,114 surah dan 60 hizb
*Setiap hizb dibahagikan kepada empat, iaitu hizb pertama, hizb kedua, hizb ketiga dan hizb keempat(yang dicetak di bahagian tepi muka surat Al-Quran)

Moga kita mendapat ilmu daripada post ini. Amin.

0 comments: