BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 25, 2010

Wujudkah Mata Air Ainul Hayat?

Pada suatu hari, Zulqarnain seorang lelaki yang soleh dan warak dan merupakan seorang raja yang menguasai antara tempat terbit matahari(masyriq) dan tempat matahari terbenam(maghrib) berbual-bual dengan Malaikat Rafail.

Zulqarnain : Tolong ceritakan bagaimana kamu beribadat di langit wahai Rafail?

Rafail : Ibadat yang kamu( manusia) lakukan belum ada bandingan dengan ibadat kami di langit. Antara malaikat itu ada yang beribadat secara berdiri dan tidak pernah duduk. Bahkan malaikat itu berkata kepada Allah: "Tuhan, kami benar-benar beribadat kepada-Mu"

Zulqarnain : Ya Rafail, aku ingin dilanjutkan umurku supaya aku banyak beribadat kepada Tuhanku!

Rafail : Benarkah kamu ingin usia dipanjangkan Allah?

Zulqarnain : Benar, Rafail!

Rafail : Sesungguhnya, Allah S.W.T. mempunyai sebuah mata air yang disebut Ainul Hayat. Sesiapa yang minum air itu akan dipanjangkan umurnya sehingga hari kiamat seperti para malaikat atau dia sendiri memohon kepada Allah supaya dimatikan.

Zulqarnain : Ya Rafail, boleh khabarkan dimana Ainul Hayat itu?

Rafail : Aku tidak tahu! Cuma kami(malaikat) dilangit selalu memperkatakan Ainul Hayat . Ada para malaikat memperkatakan Allah S.W.T. mempunyai naungan dibumi yaitu lindungan awan yang tidak pernah diinjak sebarang makhluk seperti jin dan manusia. Disitulah Ainul Hayat itu!

        Selepas mengetahui rahsia Ainul Hayat daripada malaikat Rafail, Zulqarnain bertanyakan para ulama di manakah terletaknya  Ainul Hayat itu. 

        Para ulama yang ditanya langsung tidak pernah mendengar kisah atau nama Ainul Hayat itu. Lalu, Zulqarnain memberitahu serba-sedikit bahawa Allah mempunyai naungan awan di bumi dan dibawah naungan itu terdapat mata air. Sesiapa yang minum air itu akan dilanjutkan usianya dengan izin Allah.
  
         Zulqarnain lalu mengarahkan pegawai dan tenteranya membuat persiapan mencari Ainul Hayat. Namun, rahsia Ainul Hayat itu tidak diceritakan kepada kesemua ahli rombongan termasuk seorang lelaki soleh bernama Khidir.


         Zulqarnain menjelajah seluruh dunia selama 12 tahun lamanya mencari Ainul Hayat bersama rombongannya. Mereka menjelajah hutan, gurun, sungau, gunung ganang dan lembah.


          Berkat kesabaran, Zulqarnain berjaya menemui lokasi naungan Allah seperti diceritakan malaikat Rafail disuatu lembah oasis yang subur.


          Lokasi naungan Allah itu sentiasa dinaungi awan  tanpa ditembusi cahaya matahari. Zulqarnain cuba turun kekawasan mata air tetapi ditegah oleh tenteranya kerana dikhuatiri berbahaya.


           Zulqarnain masih berkeras hendak turun sambil meminta bantuan Hamba Allah yang soleh bernama Khidir. Zulqarnain mengarahkan Khidir berjalan dahulu sambil dikawal bala tenteranya. 


           Sebenarnya, Khidir juga memiliki ilmu mengenaii Ainul Hayat itu walaupun cuba disembunyikan oleh Zulqarnain. 


           Setelah rombongan sampai dikaki lembah, Khidir meminta Zulqarnain tunggu seketika bagi membolehkan Khidir meninjau lokasi sebenar Ainul Hayat itu.


          Sebaik turun ke lembah, Khidir mendapati kawasan tanah berpaya itu memiliki mata air. Warna airnya putih seperti susu dan air itu membuak-buak muncul dari perut bumi. 

          Khidir terus meminum air tersebut. Rasanya manis seperti susu dan selepas Khidir puas meminumnya, Khidir mandi dan berwuduk di situ lalu solat. Selesai solat syukur, Khidir menemui Zulqarnain.

          Khidir mengkhabarkan tentang penemuan mata air berwarna putih seperti susu kepada Zulqarnain tetapi merahsiakan kisah beliau minum, mandi dan berwuduk dengan mata air kepada Zulqarnain.


          Sebaik Zulqarnain turun ke lembah itu, mata air berwarna putis susu itu tidak dijumpai oleh beliau walapun puas Zulqarnain dan para tenteranya menggeledah kawasan itu.


          Ada pendapat mengatakan Khidir yang hidup masa zaman Zulqarnain itu berusia panjang selepas meminum air Ainul Hayat itu. Ada juga pendapat mengadakan Khidir sendiri tidak tahu khasiat Ainul Hayat kerana perkara itu menjadi rahsia Malaikat Rafail dan Zulqarnain sendiri.


          Ada yang mengatakan Khidir yang hidup pada zaman Zulqarnain itu ialah Nabi Khidir yang pernah berjumpa Nabi Musa dikawasan pertemuan dua lautan seperti diceritakan Al-Quran.


         Persoalannya, benarkah mata air berwarna putih susu bernama AInul Hayat itu benar-benar wujud?


Wallahualam.


              


 

1 comments:

banjolamotta said...

Top 10 Casinos Near Minneapolis & St. Paul | MapyRO
List of Casinos Near Minneapolis and St. 포천 출장샵 Paul in 2021 용인 출장마사지 - Find 원주 출장샵 your favorite Minnesota casinos with 공주 출장샵 MapyRO's interactive map. 원주 출장안마